Saturday, March 15, 2008

Melayu Penang @ Pulau Pinang

Sedih,Kesian nak buat macam mana...
Itulah yang dapat dikatakan apabila kita sampai ke Pulau Mutiara. Contoh terbaik melihat melayu makan melayu dan melayu menjadi hamba ditanah air sendiri. Apa yang tinggal hanya sejarah bahawa P.P. juga merupakan tanah melayu, tetapi kini menjadi tanah cina.
Penyelidikan dari USM mengatakan setiap rumah di Tanjung Tokong keluarga melayu mempunyai seorang penagih dadah bukan lagi rahsia. Malahan hasil penyelidikan ini telah menjadi basi. Tiada siapa yang peduli. Melayu jahanam di tanah sendiri. Mungkin sebab terlalu kecewa dan sudah malas memikirkan bagaimana hendak berjuang.
Melayu terus ditindas. Kawan-kawan saya yang bersekolah disana memberitahu guru2 disana langsung tidak memperdulikan bangsa melayu. Nak dapat A ke, E ke, F ke, suka hati lah. Kalau tak paham, guru hanya memberi tunjuk ajar ala kadar. TETAPI, sangat berbeza jika anak bangsa cina yang tak paham. Mereka akan diajar dengan sepenuhnya agar mereka betul2 paham.
Buat apa nak melayu nak marah pada DAP? Apa bezanya dengan kerajaan BN yang memerintah sekian lama di P.P.? Kalau diperhatikan dengan betul, kebanyakan usahawan cina yang berjaya di Malaysia datangnya dari P.P. Mereka akan digilap,dijaga, dibekalkan dengan segalanya sebelum dilepaskan ke negeri lain di Malaysia untuk terus berjaya. Disinilah usahawan cina bermula! Soal siapa yang jaga,bela dan sebagainya anda pasti tahu!

Kepimpinan sebelum ini yang mempunyai pertalian saudara(Biras) dengan kepimpinan Singapura telah 'diberitahu' bagaimana untuk mengajar melayu di P.P. Itulah sebabnya ramai orang kata nasib melayu P.P. mcm nasib orang melayu di Singapura. Bacalah sejarah pemimpin P.P. Anda pasti terkejut!!
Dari kawasan kediaman melayu(di P.P tiada tanah rezab melayu), pendidikan,pekerjaan,perniagaan dan pemilikan ekuiti melayu di P.P. sudah lumpuh sama sekali. Melayu yang sudah tidak tahan atau takut akan lari keluar dari P.P. Sebabnya mudah, tiada siapa pun yang nak bela nasib mereka. Pandai2lah nak hidup.
Pengalaman saya sendiri berkerja disana melihat bagaimana melayu dilayan. Mesyuarat yang bermula dengan 5 minit dalam bahasa inggeris akan berakhir dengan bahasa cina. Tak kiralah pengerusinya cina ke melayu! Pengerusi melayu pasti akan datang dan merungut pada saya, dan saya sudah sedia membalas dengan mengatakan bahawa itu merupakan sesuatu yang biasa/normal di P.P. Welcome to Pulau Pinang.
Perdana Menteri dari P.P. nampaknya tidak dapat mengubah apa2 pun. Malah saya masih ingat ada sekali masyarakat melayu cuba menyuarakan ketidakpuasan hati mereka pada PM dengan membawa kain rentang semasa perasmian PM di P.P. mengutuk kepimpinan P.P. telah dimaki hamun oleh UMNO P.P. sendiri!
Tapi hari ini, UMNO pulak yang mengadakan perhimpunan haram membantah kerajaan DAP di P.P. Lawak betul! Bodoh pun ada jugak. Dulu kalau mereka peka, mungkin ini tak jadi. Ramai orang melayu sokong DAP pun. Kenapa?
Walau apapun, diharapkan melayu melihat perubahan politik di negara sekarang sebagai AMARAN yang BAHAYA supaya bangkit sebelum terlambat. Bersatulah,untuk masa depan Melayu dan Agama Islam!


-sang pujangga-

Thursday, March 13, 2008

Mamak oh Mamak

Melayu suka mencari beza dari bangsa seagamanya. Walau mamak termasuk dalam bangsa melayu, tetapi adakah kasta lain untuknya? Kita melihat India muslim sebagai bangsa yang hina tetapi lain pula kalau cina, iban, dayak mat salleh yang memasuki Islam. Mereka dipandang tinggi dan boleh dibangga.

Mahathir selalu dikritik kerana bukan merupakan melayu tulen. Beliau dalam banyak keadaan cuba "memberitahu tiada masalah' mengenai status itu dengan megaku beliau adalah mamak, walaupun selalu hidungnya dijadikan bahan jenaka. Ia dijadikan bahan oleh melayu sendiri yang mengaku dirinya seorang alim dan kuat berpegang pada prinsip Islam. Sebab tidak pernah keluar negara, mereka hanya menerima hidung penyet sebagai sebahagian dari mereka. Mungkin juga jeles melihat mamak yang hensem jadi lebih baik dihina dan dicaci agar mamak tidak boleh bangga diri.

Apapun alasanya, Allah sendiri mengatakan bahawa manusia dijadikan daripada pelbagai bangsa, namun Islam dijadikan panduanya. Bagi melayu, mulialah kalau asal usul datang dari keturunan jawa,bugis,arab,cina,banja tetapi jangan dari keturunan india. Mamak atau keling akan dipandang hina, biar pun mamak juga merupakan beragama Islam.

Sebaliknya, bangsa lain yang terang-terang memusuhi Islam, tidak perlu dihiraukan. Malah dilayan dengan begitu baik sekali dan diagung-agungkan. Pelik? Itu lah melayu!

Mamak oh Mamak, walau bagaimanapun kedai makan mamak tetap yang paling sedap. Kenapa? Sebab disitu melayu menjadi raja. Melayu berani memarahi mamak di kedai makannya sendiri tetapi melayu tidak mungkin berani memarahi tuan punya kedai melayu. Impian melayu teringin hidup untuk menjadi raja, itu rahsianya. Mamak tidak mungkin menjawab kalau melayu memarahi mereka. Itu salah satu rahsia kenapa begitu banyaknya kedai mamak di Malaysia.

TETAPI jika mamak telah berkuasa dan lebih dari melayu, mamak dihina kerana meraka tidak layak melebihi apa yang ada pada Melayu. Walau tak ada apa pun yang hendak disalahkan, disalahkan kerana dari keturunan yang dibawa. Dari anak mamak disekolah dihina oleh kawan-kawan dan kadang-kala oleh cikgu sehingga bapak dan mak mamak yang menjadi mangsa di dalam masyarakat. Mamak akan diperlekehkan dan ditawakan oleh melayu yang cemburu pada mamak yang suka berniaga dan pandai mengambil peluang yang ada.

Melayu oh melayu...sedarlah. Bersatulah!!!!!

-sang pujangga-

Pilihan Melayu

Salam...

Buat bangsaku tercinta..

Blog ini ideanya datang spontan setelah melihat apa yang berlaku pada pilihan raya ke 12 pada 2008. Selepas menunaikan solat Asar hari ni, sambil tv terpasang di depan ku, blog ini diharapkan memberi makna sesuatu dalam masyarakat melayu. Kelebihan dapat menggunakan internet percuma juga tidak disiakan.

Melihat bangsa lain begitu ghairah menggunakan kuasa mengundi untuk mendapat tempat yang lebih baik dalam Malaysia, ku lihat Melayu masih terpinga-pinga mencari siapakah pemimpin yang boleh diharapkan untuk mewakili mereka agar hak keistimewaan melayu terus terjaga. Ramai yang berkata masa sudah berubah, namun inilah masanya Kesultanan Melayu mula berperanan menjaga orang melayu di Malaysia. Umno bukan lagi tempat mengadu sebaliknya Umno pula merayu bangsa melayu bersamanya.

Sayang seribu sayang agama Islam tidak begitu dilihat penting dalam politik Melayu, banyak yang tidak mahu menonjolkan Islam sebagai panduan sejati, tetapi lebih digunakan secara tersembunyi. Malu atau takut kehilangan pegaruh agama lain tiada jawapannya.

Namun, bagi Pas, Islam kadang-kadang perlu ditonjolkan dan kadang-kadang tidak. Manakala Umno dan PKR, niat didalam hati sudah memadai.

Patriotik kerana tidak memilih melayu menjadi wakilnya sudah tidak releven diperkatakan kerana dalam banyak hal, melayu sendiri yang menipu dan menjahanamkan bangsanya. Melayu sendiri tidak percaya pada melayu. Melayu sendiri benci pada melayu. Melayu sendiri kianat pada bangsanya.

Hidup Melayu!!! memang melayu pasti terus hidup,tapi hidupnya macam mana? ME-LAYU? layu dan terus layu di bumi sendiri. Melayu berkorban untuk berkongsi tanahnya untuk bangsa lain tetapi melayu akan menjadi hamba kepada bangsa lain jika tidak bermaya untuk menjaga bangsanya.

Melayu Takkan Hilang di Dunia. Tapi kehadiran melayu kadang-kala dipandang hina oleh bangsanya sendiri. Melayu merasa rendah diri bila melihat bangsa lain dan bangga jika bangsa lain ini menjadi kawanya. Seorang cina tidak mempunyai masalah untuk terus hidup dan berkerja dalam syarikat yang mempunyai beribu pekerja melayu, tetapi seorang melayu belum tentu boleh 'hidup' dengan 2 orang cina bersamanya.

Fikir-fikirkan lah wahai bangsaku yang beragama Islam. Bangunlah!!!

Salam perkenalan

Melayuku Sayang

-Sang Pujangga-